Friday 28 August 2015

Sejarah Penubuhan Hayyanarz Bakery

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hari ni saya nak bercerita mengenai serba sedikit sejarah penubuhan Hayyanarz Bakery.

Mari kita berkenalan dengan pemilik Hayyanarz Bakery dahulu iaitu Puan Suraya. Berasal dari Jitra, Kedah. Puteri kepada En Sulaiman dan Puan Zainab.

Beliau berkelulusan Sarjana Muda Sains Kemasyarakatan dari Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.

Pernah bekerja di Kilang Roti Suria dan Najwa Maju Sdn Bhd dalam menimba ilmu dan mencari pengalaman kerja.

Sekarang, beliau merupakan surirumahtangga sepenuh masa yang menumpukan sepenuh perhatian kepada 3 orang cahaya mata disamping menumpukan sepenuh perhatian dalam menguruskan Hayyanarz Bakery. Selain itu, beliau juga merupakan salah seorang ahli jawatankuasa PIBG Sekolah Kebangsaan Jalan Raja Syed Alwi, Kangar, Perlis.

Pembabitan beliau dalam bidang industri makanan ni, seawal 5-6 tahun yang lalu. Beliau mula membuat dan memasarkan kuih siput sekitar Kangar, Sanglang, Air Hitam dan Jitra.

Selain itu, beliau juga mula menerima tempahan tapai secara kecil-kecilan disamping membantu pembikinan biskut raya bersama rakan² sekampung untuk tempahan hari raya.

Selepas itu, beliau mula membuat dan memasarkan sendiri produk bahulu untuk tempahan hari raya dan kenduri kahwin, selain menerima tempahan kek coklat moist dan semperit serta beberapa jenis lagi biskut.

Beliau juga pernah mengikuti kursus pendek pembuatan kek dan roti di Kolej Komuniti Arau, kursus pembuatan bahulu di Bahulu Shoppe dan Kursus Pengendali Makanan. Beliau juga akan mengikuti Konvensyen Usahawan Muslim 2015 yang bakal berlangsung di Dewan Warisan, Kangar, Perlis tak lama lagi.

Hayyanarz Bakery telah didaftarkan di SSM untuk melebarkan sayap dalam memasarkan produk² makanan tradisionalnya seperti pelbagai jenis bahulu pelbagai rasa, biskut² raya, kek dan minuman susu kambing jenama Mylo serta coklat malt jenama Mosha.

Visi Hayyanarz Bakery adalah untuk menjadi pembuat dan pengedar makanan tradisional hingga ke peringkat antarabangsa. Manakala misi Hayyanarz Bakery adalah sentiasa meningkatkan kualiti produk² edarannya.

Produk² edaran Hayyanarz Bakery boleh ditempah melalui:

Sms/whatsapp/panggilan ke 017-462 0775 atau 019-246 3100. Boleh juga emel ke hayyanarz.bakery@outlook.com.

Selain itu, produk Hayyanarz Bahulu boleh juga didapati di kedai Mama Nory Bakery yang terletak di Taman Perniagaan Sena, Kangar, Perlis.

Moga Puan Suraya akan terus sukses dalam bidang yang diceburi ini bagi mempelbagaikan lagi produk² bumiputera muslim dalam pasaran.

Sokonglah Hayyanarz Bakery.

No comments:

Post a Comment