Saturday 26 September 2015

Kenduri...

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Baginda Nabi SAW, keluarga dab sahabat Baginda.

Alhamdulillah, syukur atas limpahan nikmat rezeki Allah SWT selama ini.

Semoga kita sentiasa di bawah keberkatan Allah SWT.

"Jadual periksa dah keluar, adik...", ujar isteri kepada Adik Iman selepas melihat mesej whatsapp. Mesej yang dihantar oleh cikgu Adik Iman dalam group whatsapp sekolah.

Kebetulan pula, isteri adalah salah seorang dari AJK PIBG di sekolah Adik Iman dan Bangcik belajar. Jadi segala info dari sekolah, isteri akan dapat pemberitahuan awal.

Bila dah nak mula peperiksaan ni, maka cuti sekolah bakal menjelma.

Bila cuti sekolah bermula, maka banyaklah jemputan kenduri berlangsung. Kenduri kahwin, majlis pertunangan, kenduri khatan, kenduri kesyukuran dan berbagai lagi seumpamanya.

Antara tempahan yang diterima ketika musim kenduri ni adalah bahulu ikan besar yang dijadikan hantaran perkahwinan mahupun pertunangan.

Bahulu ikan besar Hayyanarz Bahulu dibuat dari tepung gandum terpilih, telur gred A yang dibasuh, gula secukup rasa dan dibuat menjadikan ikan 3 rasa iaitu rasa asli, strawberry dan pandan. Ditambah buah cherry sebagai mata ikan bagi menambahkan keserian ikan.

Terima kasih diucapkan kepada pelanggan² Hayyanarz Bahulu yang menyokong selama ini.

Untuk menempah Bahulu Ikan Besar mahupun lain² jenis bahulu edaran Hayyanarz Bakery, sila..

Sms/whatsapp/call: 017-4620775/019-2463100
Emel: hayyanarz.bakery@outlook.com
Twitter: @hayyanarzbakery
Instagram: @hayyanarz
Facebook: Hayyanarz Bakery (sila LIKE page kami)

Selain itu, boleh dapatkan Hayyanarz Bahulu di:

Mama Nory Bakery PLT
No 11, Pusat Perniagaan Sena
01000 Kangar, Perlis

Rislah Bakery
No 3, Taman Indra
Jalan Sekolah Derma
01000 Kangar, Perlis

Marilah sama² kita menyokong produk muslim...

Friday 25 September 2015

Bahulu Asli

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Salam dan selawat ke atas junjungan besar Baginda Nabi SAW, keluarga dan sahabat baginda.

Semoga kita semua sentiasa berada di bawah rahmat Allah SWT dan sentiasa mendapat keberkatan-Nya.

Syukur ke hadrat Allah atas segala nikmat dan anugerah-Nya.

Di sini, saya perkenalkan produk Hayyanarz Bahulu yang paling tinggi dan laris jualannya, paling banyak ditempah iaitu Hayyanarz Bahulu asli.

Hayyanarz Bahulu Asli paling banyak ditempah ketika Hari Raya Aidil Fitri, Aidil Adha, doorgift, jamuan ulang tahun dan berbagai-bagai acara.

Hayyanarz Bahulu Asli dibuat dengan adunan tepung gandum terpilih, telur ayam gred A yang dibasuh dan gula secukup rasa serta dibakar dengan suhu yang tepat bagi menghasilkan Hayyanarz Bahulu Asli yang gebu, sedap dan lembut.

Untuk tempahan Hayyanarz Bahulu Asli, sila

Sms/whatsapp/call: 017-4620775/019-2463100

Emel: hayyanarz.bakery@outlook.com

Twitter: @hayyanarzbakery

Instagram: @hayyanarz

Facebook: Hayyanarz Bakery (sila LIKE page kami)

Hayyanarz Bahulu Asli juga boleh didapati di

Mama Nory Bakery PLT, No 11 Pusat Perniagaan Sena, 01000 Kangar, Perlis

Rislah Bakery, No 3 Taman Indra, Jalan Sekolah Derma, 01000 Kangar, Perlis


Mu Tunggu Ku Datang

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Baginda Nabi SAW, keluarga dan para sahabat Baginda.

Moga kita semua sentiasa mendapat rahmat Allah SWT.

Allah Akbar...Allah Akbar..Allah Akbar..Laailahaillallah wallahu akbar..Allah akbar..Walillahil Hamd..

Selamat hari raya Aidil Adha kepada semua yang sedang membaca coretan ini.

Jam kat tangan dah menunjukkan tepat 12 tengahari. Jalan Alor Setar-Kangar sesak tadi kat Kerpan.

"Hangpa ada lagi ka kat kedai atau nak balik dah", saya hantar sms kepada salah seorang kawan.

"Kami tak lama dah, satgi nak balik dah", balas kawan saya.

"Ok..ok..satgi aku sampai. Tunggu sat na..tak jauh dah...", balas saya.

Saya dan kawan² SMTAS 88/89 ada buat perancangan untuk berjumpa setelah sekian lama berpisah. Kami merancang untuk bertemu di Mee Sham Roti Doll, yang letaknya berdekatan Petronas Pantai Johor dalam jam 10 pagi. Sekarang dah jam 12 tengahari.

Punca kelewatan saya ni, kerana saya perlu untuk buat penghantaran bahulu dulu yang ditempah oleh beberapa pelanggan.

Seawal jam 8 pagi, saya keluar rumah dan hantar bahulu kepada beberapa orang sekitar kampung, kemudian kepada beberapa pelanggan sekitar Kangar.

Selesai buat penghantaran sekitar Kangar, saya terus ke PIDA 8 pula di Sanglang, Kedah untuk buat penghantaran bahulu. Seusai buat penghantaran di PIDA 8, terus saya ke Alor Setar. Cuma tinggal untuk penghantaran sekitar Jitra sahaja.

Telefon berdering....

"Hang kat mana dah? Kami nak balik dah ni...", suara kawan saya kedengaran corong telefon.

"Sat..sat..dekat dah..nak sampai dah...", balas saya.

"Ok..ok..", sambut kawan saya.

Alhamdulillah, akhirnya saya sampai ke destinasi. Ternampak Jalil, Mail, Fida, Cikgu Yan, Zarina dan Nurul di meja, di tepi Kedai Mee Sham.

Selepas parkir kereta, terus dapatkan mereka. Alhamdulillah sempat juga bertemu setelah sekian lama terpisah.

Alhamdulillah, semuanya sihat² belaka dan sudah berjaya dalam karier masing².

Setelah sekian lama bersembang, kami pun bersurai dan saya terus pula ke Jitra untuk buat penghantaran bahulu pula.

Alhamdulillah, semua penghantaran selesai ketika jam hampir 5 petang.

2 tugasan berjaya, selesai penghantaran bahulu dan kesempatan bertemu sahabat lama.

Alhamdulillah juga, bahulu jadi asbab musabab yang diizinkan Allah boleh berjumpa dengan kawan² lama. Insha Allah, ada rezeki, kita akan berjumpa lagi.

Selain tempahan bahulu secara terus dan khidmat tambahan penghantaran sekitar Perlis, Alor Setar, Jitra dan Changlun, Hayyanarz Bahulu juga boleh didapati di

Mama Nory Bakery PLT
No 11 Pusat Perniagaan Sena
01000 Kangar, Perlis

Rislah Bakery
No 3 Taman Indra
Jalan Sekolah Derma
01000 Kangar, Perlis

Tempahan Hayyanarz Bahulu boleh dibuat melalui

Sms/whatsapp/call: 017-4620775/019-2463100
Emel: hayyanarz.bakery@outlook.com
Twitter: @hayyanarzbakery
Instagram: @hayyanarz
Facebook: Hayyanarz Bakery (sila LIKE page kami)

Semoga kita bersua kembali....

Thursday 24 September 2015

Akujanji ke Akurjanji?

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Allah akbar...Allah akbar...Allah akbar... Laailahaillallahu Allah akbar..Allah akbar..Walillahil hamd..

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Baginda Nabi SAW, keluarga dan sahabat baginda.

Moga kita semua sentiasa berada di bawah lindungan Allah SWT.

Alhamdulillah, semua tempahan bahulu dah siap. Kini proses penghantaran pula perlu dilakukan. Banyak juga tempat yang perlu dituju. Takpa...take step by step..cakap omputih pulak.

Selepas beberapa tempat dilewati, sempat singgah di tapak pasar tani Taman Sena untuk melihat jualan Hayyanarz Bahulu yang diletakkan kat gerai Mama Nory Bakery.

Kedai Mama Nory Bakery letaknya di Pusat Perniagaan Sena, berhampiran Pasar Borong Kangar dan SK Sena. Banyak juadah dijual antaranya pelbagai kek, roti, biskut raya dan Hayyanarz Bahulu. Jemput ke sana untuk menikmati pelbagai juadah yang sedap terutamanya Hayyanarz Bakery.

Selesai jalan² sekitar tapak pasar tani, saya dan isteri terus balik ke rumah.

Sampai rumah, tengok anak² dok bergelak sesama sendiri. Saya tanya mereka, apasal yang mereka suka sesangat ni sampai tak henti² ketawa.

Nampak adik dok nyorok sesuatu. Kertas warna hijau kat belakang. Kakak dan bangcik masih dok ketawa.

Saya pinta kertas dari adik, nak juga tengok apa yang ditulis atau dilukis kat kertas tu. Adik memang suka lukis² dan tulis² ni. Sama juga dengan bangcik. Lagi satu, adik suka buat origami. Banyak yang dibuatnya hasil dari pembacaan cara buat origami dari majalah dan buku. Untung juga, tak perlu beli mainan, sebab diaorang buat sendiri.

Sebaik dapat kertas itu dari adik dan membacanya, Alhamdulillah. Mereka tulis sendiri satu akujanji.

Yang paling best, akujanji yang akhir, iaitu doakan supaya bahulu ibu laku. Terima kasih adik, bangcik dan kakak.

Bagi tuan² dan puan² yang ingin menempah Hayyanarz Bahulu yang sedap, gebu dan lembut, sila:

Sms/whatsapp/call: 017-4620775/019-2463100
Emel: hayyanarz.bakery@outlook.com
Twitter: @hayyanarzbakery
Instagram: @hayyanarz
Facebook: Hayyanarz Bakery (pakat² sila LIKE page kami yer)

Hayyanarz Bahulu juga boleh didapati di

1. Mama Nory Bakery, No 11, Pusat Perniagaan Sena, 01000 Kangar, Perlis

2. Rislah Bakery, No 3, Taman Indra, Jalan Sekolah Derma, 01000 Kangar, Perlis

Jemput² merasai Hayyanarz Bahulu...

Tuesday 22 September 2015

Restoran Kak Jah



Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Selawat dan salam ke atas Baginda Nabi SAW, keluarga dan sahabat baginda.

Semoga kita semua sentiasa di bawah rahmat Allah SWT dan sentiasa dimurahi rezeki yang melimpah-ruah.
Syukur alhamdulillah atas nikmat Allah SWT yang terhingga selama ini.

Bila sebut bab makan, saya pasti ramai yang meminati masakan ala-thai. Di mana-mana sahaja pasti akan kedapatan kedai-kedai makanan mahupun gerai yang menyediakan masakan ala-thai. Bahkan banyak kedai yang menggunakan tukang masak warga Thai.

Kali ini, saya hendak bercerita sedikit salah sebuah masakan Thai yang sedap dan agak popular di utara ini.

Lokasi kedai makan ini pun letaknya di sempadan Malaysia-Thai iaitu di Dannok.

Kedai makan yang saya maksud itu adalah Restoran Mak Jah.

Letaknya tidak jauh dari Pos Kastam Thailand di Dannok.

Boleh dikatakan semua masakan yang disediakan sedap seperti tomyam, kengsom, bawal goreng, sayur petola goreng dan bermacam-macam lagi. Air pegaga juga ada.

Bagi yang berpeluang sampai utara, cubalah untuk merasai menu yang tersedia di situ. Tapi kenalah bawa passport sekali.

Sebagai mana sedapnya tomyam dan kengsom, begitu jugalah sedapnya Hayyanarz Bahulu keluaran dan edaran Hayyanarz Bakery.

Bahulu yang diadun dengan tepung gandum terpilih, telur ayam gred A yang dibasuh dan gula secukup rasa, dibakar dengan suhu yang tepat telah menghasilkan bahulu yang sedap, gebu dan lembut.

Untuk tempahan Hayyanarz Bahulu, sila:

Sms/whatsapp/call: 017-4620775 atau 019-2463100
Twitter: @hayyanarzbakery
Instagram: @hayyanarz
Facebook: Hayyanarz Bakery. (Sila lawat dan LIKE page Hayyanarz Bakery)

Selain itu, boleh juga dapatkan Hayyanarz Bahulu di:

1.  Mama Nory Bakery PLT
No 11, Pusat Perniagaan Sena
01000 Kangar, Perlis

2.       Rislah Bakery
No 3, Taman Indra
Jalan Sekolah Derma
01000 Kangar, Perlis

Monday 21 September 2015

Bahulu Perisa Pandan

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Selawat dan salam ke atas Baginda Nabi SAW, keluarga dan sahabat Baginda.

Dan semoga kita semua sentiasa di bawah kerahmatan Allah SWT.

Di hari yang berbahagia ini, saya ingin memperkenalkan satu lagi keluaran dan edaran Hayyanarz Bakery iaitu Hayyanarz Bahulu Perisa Pandan.

Dibuat dari adunan tepung gandum terpilih, telur ayam gred A yang dibasuh dan gula secukup rasa menghasilkan bahulu pandan yang lembut, gebu dan sedap.

Untuk tempahan Hayyanarz Bahulu Pandan, sila:

Sms/whatsapp/call: 017-4620775/079-2463100
Twitter: @hayyanarzbakery
Instagram: @hayyanarz
Facebook: Hayyanarz Bakery

Hayyanarz Bahulu juga boleh didapati secara runcit di:

1.       Mama Nory Bakery PLT
No 11, Pusat Perniagaan Sena
01000 Kangar, Perlis

2.       Rislah Bakery
No 3, Taman Indra,
Jalan Sekolah Derma
01000 Kangar, Perlis

Marilah sama-sama merasai kesedapan Hayyanarz Bahulu

Sunday 20 September 2015

Selepas 26 Tahun

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Baginda Nabi SAW, keluarga dan sahabat Baginda.

Semoga kita semua sentiasa di bawah lindungan dan kerahmatan Allah SWT.

Alhamdulillah, syukur atas segala nikmat yang Allah kurniakan selama ini.

Sekarang, masing-masing sudah dimamah usia dan beranak-pinak. Begitu cepat masa berlalu.

Alhamdulillah, bahulu telah menjadi sebab musabab ketentuan Allah menemukan kami.

Dapat bertemu Solleh ketika menghantar tempahan bahulu di Pida 8 sebelah paginya. Bertemu dengan Mairag sebelah petangnya ketika meninjau bekalan bahulu yang diletakkan di gerai niaga Mama Nory Bakery di Festival Konvo UniMaP 2015.

Alhamdulillah, syukur atas segala nikmat dan aturan Allah SWT.

26 tahun. Satu tempoh yang agak lama. Dari usia remaja belasan tahun, dan sekarang usia menghampiri setengah abad, diizinkan Allah SWT untuk bertemu kembali.

Itulah kehendak Allah. Syukur alhamdulillah. Selepas 26 tahun, saya berpeluang berjumpa dengan sahabat lama dari Sekolah Menengah Teknik Alor Setar sesi 88/89. Gerangan sahabat itu ialah Solleh dan Mairag.

Solleh, sahabat sekelas Mekanikal 2 dan sahabat seasrama. Berasal dari Pida 8, Sanglang, Kedah. Kini menetap di Kluang, Johor.

Teringat suatu ketika dulu, pernah berbasikal dari Perlis ke rumahnya di Pida 8.

Mairag, sahabat seasrama dan sama-sama aktif dalam kelab taekwondo SMTAS dulu. Sekarang menetap di Seberang Jaya dan merupakan seorang peniaga yang berjaya.

Sama-sama menyertai pertandingan taekwondo sekitar Kedah dulu dan sama-sama geng rock kapak. Itulah serba sedikit kisah diusia muda.

Semoga persahabatan yang terjalin berpanjangan hingga ke jannah.

Dengan izin Allah, bahulu menjadi sebab musabab pertemuan ini. Alhamdulillah....

Untuk membuat tempahan Hayyanarz Bahulu yang sedap, gebu dan lembut, sila:

Sms/whatsapp/call: 017-4620775/019-2463100
Emel: hayyanarz.bakery@outlook.com
Twitter: @hayyanarzbakery
Instagram: @hayyanarz
Facebook: Hayyanarz Bakery

Boleh juga dapatkan Hayyanarz Bahulu di

1. Mama Nory Bakery PLT, No 11, Pusat Perniagaan Sena, Kangar, Perlis

2. Rislah Bakery, No 3, Taman Indra, Jalan Sekolah Derma, Kangar, Perlis

Saturday 19 September 2015

Festival Konvo UniMaP 2015

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Salam dan selawat ke atas junjungan besar Baginda Nabi SAW, keluarga dan sahabat baginda.

Semoga kita semua sentiasa berada di bawah kerahmatan Allah SWT.

Syukur alhamdulillah atas segala nikmat Allah yang dikurniakan ke atas kita.

Sedikit ruang masa diberi Allah, saya berkesempatan membawa keluarga mengunjungi Fiesta Konvokesyen ke-10 UniMaP yang berlangsung di UniMap, kampus utama Pauh.

Selain dari membawa keluarga beriadah melawat gerai-gerai pameran dan jualan, juga memberi pengalaman baru buat anak-anak merasa berada di kampus universiti dan sebagai suntikan semangat  untuk belajar bersungguh-sungguh dengan melihat para graduan memakai jubah graduasi.

Banyak juga gerai-gerai pameran dan jualan kedapatan. Alhamdulillah cuaca juga elok.

Fiesta Konvokesyen UniMap ni berlangsung dari 16 hingga 21 September 2015.

Dalam banyak-banyak gerai, Hayyanarz Bahulu juga turut serta dalam jualan di gerai Mama Nory Bakery.

Dijemput tuan-tuan dan puan-puan di luar sana untuk turut sama memeriahkan pelbagai acara yang diadakan di Fiesta Konvo ini.

Selain berada di gerai jualan Mama Nory Bakery, Hayyanarz Bahulu juga boleh didapatkan di kedai Mama Nory Bakery PLT (Pusat Perniagaan Sena, Kangar) dan Rislah Bakery (Taman Indra, Kangar).

Selain itu, tempahan Hayyanarz Bahulu boleh dibuat melalui:

Sms/whatsapp/call: 017-4620775/019-2463100
Emel: hayyanarz.bakery@outlook.com
Twitter: @hayyanarzbakery
Instagram: @hayyanarz
Facebook: Hayyanarz Bakery

Selamat bercuti....

#support #bisness #muslim

Bahulu Perisa Cappucino

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Baginda Nabi SAW, keluarga dan sahabat baginda.

Semoga kita semua sentiasa di bawah rahmat dan mendapat keberkatan Allah SWT atas segala kerja yang dilakukan seharian.

Selepas beberapa hari hujan lebat mencurahi bumi Perlis, kini suasana kembali cerah namun jerubu kembali menguasai ruang udara.

Bersabar dan redho atas ujian Allah SWT dan bersama-sama kita muhasabah diri atas kekurangan kita dan kembali menghubungkan diri kepada Allah SWT.

Hari ini, saya ingin memperkenalkan lagi satu perisa bahulu dari barisan Hayyanarz Bahulu iaitu Hayyanarz Bahulu Perisa Cappucino.

Hayyanarz Bahulu Perisa Cappucino ini amat terkenal sekitar kampung saya dan menjadi kesukaan ramai orang-orang lama dan golongan dewasa.

Adunan dari tepung gandum, telur gred A dan gula secukup rasa, dibakar dengan suhu yang sempurna, menghasilkan bahulu yang sedap, gebu dam lembut. Menggamit selera setiap insan yang merasainya.

Tuan-tuan dan puan-puan boleh dapatkan Hayyanarz Bahulu Perisa Cappucino di:

1. Mama Nory Bakery, No 11 Pusat Perniagaan Sena, 01000 Kangar, Perlis

2. Rislah Bakery, No 3 Taman Indra, Jalan Sekolah Derma, 01000 Kangar, Perlis

Selain itu, untuk tempahan terus, boleh hubungi:

Sms/whatsapp/call: 017-4620775/019-2463100
Emel: hayyanarz.bakery@outlook.com
Twitter: @hayyanarzbakery
Instagram: @hayyanarz
Facebook: Hayyanarz Bakery

Moga anda semua berpuas-hati dengan produk-produk Hayyanarz Bakery.

#support #bisness #muslim

Friday 18 September 2015

Kafe Qaseh

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Salam dan selawat ke atas junjungan besar Baginda Nabi SAW, keluarga dan sahabat baginda.

Semoga kita semua mendapat kerahmatan dan semoga hidup kita sentiasa mendapat keberkatan Allah SWT.

Nampaknya, sesetengah tempat di Perlis mula dinaiki air. Bukan setakat hujan yang agak lebat sepanjang dua hari lepas, tapi air limpahan dari Empangan Tasoh yang telah dilepaskan.

Moga, mangsa-mangsa banjir (walaupun tak berapa serius) dalam keadaan selamat.

Hari ini saya nak kongsi maklumat salah sebuah kedai makan milik muslim yang berada tak jauh dari rumah saya.

Kedai makan yang saya maksudkan itu adalah Kafe Qaseh. Lokasinya di Behor Gandin, berhadapan dengan Taman Sri Sentua dan Petronas Behor Gandin. Sebelahnya adalah rumah kediaman Dr Sedhu.

Kafe Qaseh ni beroperasi sebelah malam. Antara menu yang selalu saya makan bihun sup sayur seafood, nasi rendang daging, mee yee wantan, nasi goreng kambing, kueteow goreng dan bihun tomyam seafood. Banyak lagi menu yang boleh dipilih dari masakan ala-thai mahupun masakan western.

Kafe ini juga menyediakan kemudahan surau dan tandas di luar premis tapi masih dalam kawasan kedai. Tempat parkir kenderaan juga agak luas. Kedudukannya di tepi jalan besar amat mudah diketahui lokasi kedai.

Lokasi kedai pun agak berdekatan dengan Hotel Seri Malaysia.

Kafe Qaseh pun sekarang sudah mulai dikenali penduduk sekitar setelah beberapa tahun beroperasi.

Begitu juga dengan Hayyanarz Bahulu yang mula dikenali dengan kegebuan, kelembutan dan kesedapannya. Dibuat dengan adunan telur, gula dan tepung yang secukup rasa serta dibakar seeloknya yang terdapat dalam pelbagai perisa dan inti.

Untuk dapatkan Hayyanarz Bahulu, sila buat tempahan di:

Sms/whatsapp/call: 017-4620775/019-2463100
Emel: hayyanarz.bakery@outlook.com
Twitter: @hayyanarzbakery
Instagram: @hayyanarz
Facebook: Hayyanarz Bakery

Hayyanarz Bahulu juga terdapat di:

1. Mama Nory Bakery PLT, No 11, Pusat Perniagaan Sena, 01000 Kangar, Perlis

2. Rislah Bakery, No 3, Taman Indra, Jalan Sekolah Derma, 01000 Kangar

#sokong #bisness #muslim

Wednesday 16 September 2015

Bahulu Perisa Strawberry

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi SAW, keluarga dan para sahabat.

Semoga kita semua berada dalam rahmat dan diberkati Allah SWT.

Sudah masuk dua hari Allah SWT menurunkan hujan di bumi Perlis ni. Alhamdulillah, jerubu yang meliputi Perlis mula berkurangan. Moga hujan yang bercurahan ini memberi munafaat kepada kita. Amin....

Hari ini, saya nak perkenalkan salah satu bahulu keluaran dan edaran Hayyanarz Bakery iaitu bahulu berperisa strawberry.

Hayyanarz Bahulu Strawberry dibuat menggunakan perisa strawberry dan bukan pewarna strawberry. Rasa strawberry ini yang membuatkan bahulu strawberry amat menarik minat kanak-kanak merasai dan menikmati bahulu ini.

Banyak maklumbalas dari pelanggan Hayyanarz Bahulu mengatakan anak-anak mereka amat menyukai bahulu perisa strawberry ini.

Antaranya salah seorang pelanggan dari Ipoh, Perak berkata, "kakak tak sempat rasa bahulu strawberry yang beli tadi, habis anak-anak yang makan."

Seorang Supervisor syarikat swasta di Perlis berkata, "Ingatkan sempat kakak nak rasa bahulu strawberry ni lepas berbuka tadi, alih-alih anak yang habiskan. Tak sempat kat kakak".

Seorang kakitangan kedai tayar kereta juga ada hantar sms, "habis anak saya makan, tak sempat simpan untuk raya....minta order lain bahulu..."

Bagi tuan-tuan dan puan-puan yang ingin merasa Hayyanarz Bahulu Strawberry, ingin membuat juadah majlis ulang tahun anak, doorgift dan sebagainya, boleh hubungi Hayyanarz Bakery:

Sms/whatsapp/call: 017-4620775/019-2463100
Emel: hayyanarz.bakery@outlook.com
Twitter: @hayyanarzbakery
Instagram: @hayyanarz
Facebook: Hayyanarz Bakery

Boleh juga berkunjung ke Mama Nory Bakery (Pusat Perniagaan Sena, Kangar, Perlis) dan Rislah Bakery (Taman Indra, Kangar, Perlis).

#support #busness #muslim

Saturday 12 September 2015

Rislah Bakery

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Salam dan selawat ke atas junjungan besar Nabi SAW, keluarga dan sahabat baginda.

Semoga kita semua sentiasa berada di bawah kerahmatan Allah SWT.

Alhamdulillah, syukur ke atas rezeki dan nikmat yang Allah SWT limpahkan kepada kita semua. Moga-moga kita akan senantiasa dilimpahi rezeki dan nikmat yang melimpah-ruah dan dapat beramal dengan rezeki dan nikmat Allah SWT itu.

Di sini, saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Malaysia kepada seluruh rakyat Malaysia dan berdoa agar Malaysia akan sentiasa aman makmur dan sejahtera.

Saya juga mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha yang bakal menjelma tak lama lagi.

Juga berdoa agar umat Islam yang berada di Tanah Haram sentiasa sihat dalam mengerjakan rukun Islam yang kelima.

Hari ini, saya ingin berkongsi info mengenai satu lagi rakan niaga Hayyanarz Bakery, iaitu Rislah Bakery.

Rislah Bakery diuruskan oleh Rislah Impian Enterprise. Lokasi Rislah Bakery terletak di No 3, Taman Indra, Jalan Sekolah Derma, 01000 Kangar, Perlis.

Berdekatan dengan Rislah Bakery adalah Sekolah Kebangsaan Sri Indra dan Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Hassan. Jika kita datang dari Hospital Tuanku Fauziah, Rislah Bakery letaknya di sebelah kanan. Jika datang dari Taman Sena, letaknya sebelah kiri.

Produk-produk buatan dan edaran Rislah Bakery adalah pelbagai jenis roti/bun, kek dan pizza. Selain itu, banyak lagi kuih dan kerepek dari pembekal tempatan IKS yang boleh didapatkan di Rislah Bakery, termasuklah Hayyanar Bahulu yang sedap, lembut dan gebu.

Bagi yang mencari pelbagai juadah, sila berkunjung ke Rislah Bakery.

Hayyanarz Bahulu telah diletakkan di Rislah Bakery dan jualannya amat memberangsangkan.

For info, Hayyanarz Bahulu yang sedap, lembut lagi gebu terdapat dalam beberapa jenis iaitu bahulu cermai, bahulu ikan emas, marble, kemboja, dan ikan besar dalam pelbagai jenis perisa.

Selain mendapatkan Hayyanarz Bahulu di Rislah Bakery, tuan² dan puan² boleh juga hubungi..

Sms/whatsapp/call: 017-4620775/019-2463100
Twitter: @hayyanarzbakery
Instagram: @hayyanarz
Facebook page: Hayyanarz Bakery

Boleh juga berkunjung ke Mama Nory Bakery PLT, No 11, Pusat Perniagaan Sena, Kangar, Perlis untuk dapatkan Hayyanarz Bahulu.

#support #bisness #muslim

Bihun Sup Abang Dan

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi SAW, keluarga dan sahabat baginda.

Semoga kita semua sentiasa berada di bawah kerahmatan Allah SWT.

Saya rasa, ramai antara kita penggemar bihun sup. Sama ada bihun sup ala thai ataupun bihun sup tempatan.

Salah satu tempat tumpuan kebanyakan warga Perlis untuk menikmati bihun sup adalah kedai bihun sup Abang Dan.

Kedai bihun sup Abang Dan kini letaknya di Arked MARA Simpang Empat. Jika anda datang dari arah Alor Setar (jalan Alor Setar-Kangar), kedai bihun sup Abang Dan letaknya di sebelah kiri jalan sebelum lampu isyarat.

Bihun sup Abang Dan ni memang dah terkenal semenjak dulu sebelum bertapak di kedai Arked MARA ni lagi.

Bagi yang berkunjung ke Perlis, silalah ke sini untuk merasai kesedapan bihun sup Abang Dan.

Selain itu, anda juga dijemput untuk merasai kesedapan Hayyanarz Bahulu yang lembut, gebu dan sedap.

Dibuat dengan adunan telur, gula dan tepung gandum yang secukup rasa, pasti anda akan terpesona.

Ditambah lagi dengan pelbagai pilihan rasa dan inti.

Untuk dapatkan Hayyanarz Bahulu, sila:

Sms/whatsapp/call: 017-4620775/019-2463100
Emel: hayyanarz.bakery@outlook.com
Twitter: @hayyanarzbakery
Instagram: @hayyanarz
Facebook page: Hayyanarz Bakery

Boleh juga dapatkan Hayyanarz Bahulu di:

1. Mama Nory Bakery, No 11, Pusat Perniagaan Sena, 01000 Kangar, Perlis

2. Rislah Bakery, No 3, Taman Indra, Jalan Sekolah Derma, 01000 Kangar, Perlis

#support #bisness #muslim

Thursday 10 September 2015

Bahulu Ikan Besar

Assalamualaikum dan salam.sejahtera.

Salam dan selawat ke atas junjungan besar Baginda Nabi SAW, keluarga dan sahabat baginda.

Moga kita semua berada dibawah rahmat Allah SWT.

Cuti sekolah hampir menjelang tiba. Maka akan banyak majlis-majlis kenduri kahwin, pertunangan dan sebagainya akan tiba.

Maka, banyaklah persediaan-persediaan yang perlu dibuat terutamanya penyediaan hantaran perkahwinan atau pertunangan.

Dan antara pilihan untuk penyediaan hantaran adalah hantaran bahulu ikan besar.

Selain dari bahulu cermai dan bahulu ikan emas, Hayyanarz Bakery juga membuat dan mengedarkan bahulu ikan besar yang selalunya dibuat hantaran perkahwinan.

Bahulu ikan besar ini dibuat menggunakan 3 perisa iaitu perisa strawberry, pandan dan asli.

Selain dari 3 perisa, bahulu ikan besar ini juga diletakkan buah ceri di bahagian matanya agar persembahan ikannya akan nampak lebih cantik.

Banyak tempahan bahulu ikan besar diterima selama ini dan Alhamdulillah, ramai yang berpuas hati dengan bahulu ikan besar ini yang terkenal dengan kesedapan, kelembutan dan kegebuannya.

Bagi menempah Hayyanarz bahulu ikan besar, sila...

Sms/whatsapp/call: 017-4620775/019-2363100
Emel: hayyanarz.bakery@outlook.com
Twitter: @hayyanarzbakery
Instagram: @hayyanarz
Facebook page: Hayyanarz Bakery

Boleh juga dapatkan Hayyanarz Bahulu di:

1. Mama Nory Bakery, Pusat Perniagaan Sena, Kangar, Perlis (berdekatan Sekolah Kebangsaan Sena, Kangar).

2. Rislah Bakery (berdekatan Sekolah Kebangsaan Seri Indra, Kangar dan Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Hassan, Kangar).

#support #bisness #muslim

Wednesday 9 September 2015

Mee Sham

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi SAW, keluarga dan sahabat baginda.

Semoga kita semua sentiasa berada di bawah lindungan dan rahmat Allah SWT.

Pasti ramai yang tahu bila disebut Roti Doll. Memang dah terkenal sekarang. Tapi jika disebut Restoran Mee Sham, agak² ramai tak yang tahu?

Di sinilah, antara menu terkenalnya iaitu roti doll. Roti canai, dibasahi dengan kuah banjir, dilitup dengan telur goreng separuh masak dan disirami sedikit serbuk lada.

Memang terkenal menu ini. Selain itu, roti benggali doll juga mula dikenali. Kepingan roti benggali yang dibakar, disirami kuah roti canai, diletakkan pula telur rebus separuh masak dan ditabur sedikit serbuk lada.

Menu lain yang juga terkenal, telur ayam kampung separuh masak.

Inilah dia Restoran Mee Sham. Letaknya berhampiran Stesen Minyak Petronas Pantai Johor, Alor Setar.

Boleh cuba menu di sini.

Begitu juga dengan Hayyanarz Bahulu. Yang memang dah agak terkenal dengan bahulu yang sedap serta gebu. Dengan adunan tepung, telur dan gula yang secukup rasa, rasailah keenakan bahulu dari pelbagai jenis dan perisa.

Untuk tempahan, sila...

Sms/whatsapp/call: 017-4620775/019-2463100
Emel: hayyanarz.bakery@outlook.com
Twitter: @hayyanarzbakery
Instagram: @hayyanarz
Facebook page: Hayyanarz Bakery

Boleh juga dapatkan Hayyanarz Bahulu di Mama Nory Bakery, Pusat Perniagaan Sena, Kangar, Perlis.

Sama²lah kita menyokong produk dan kedai Muslim

#sokong #bisness #muslim

Tuesday 8 September 2015

Bahulu Ikan Emas

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Salam dan selawat ke atas Baginda Nabi SAW, keluarga dan sahabat baginda.

Dan semoga kita semua berada di dalam Allah SWT sentiasa.

Alhamdulillah, cuaca agak cerah sekitar Perlis dari jerubu. Moga cuaca secerah hari ini berterusan sepanjang masa.

Hari ini saya hendak memperkenalkan satu lagi jenis bahulu sedap gebu Hayyanarz yang popular di kalangan pelanggan² Hayyanarz Bahulu di sini. Popularnya seiring juga dengan bahulu cermai yang pernah saya ceritakan dulu.

Bahulu yang saya maksudkan itu adalah bahulu ikan emas sedap gebu Hayyanarz.

Kuantiti campuran tepung, gula dan telur masih sama dengan bahulu cermai dan harga pun masih sama, cuma yang membezakan antara dua jenis bahulu ini adalah bentuk. Bentuknya amat comel secomel ikan emas lagi sedap serta gebu.

Selain dari rasa original, bahulu ikan emas ini juga boleh didapati dalam pelbagai rasa seperti pandan, strawberry dan cappucino.

Untuk dapatkan Hayyanarz Bahulu ikan emas yang sedap lagi gebu, sila..

Sms/whatsapp/call: 019-2463100/019-2463100
Emel: hayyanarz.bakery@outlook.com
Twitter: @hayyanarzbakery
Instagram: @hayyanarz
Facebook page: Hayyanarz Bakery

Boleh juga dapatkan Hayyanarz Bahulu yang sedap lagi gebu di Mama Nory Bakery, No 11 Pusat Perniagaan Sena, Kangar, Perlis.

Jemputlah ramai² pakat merasa kesedapan Hayyanarz Bahulu yang sedap lagi gebu.

#sokong #product #muslim

Monday 7 September 2015

Rimle Kitchen

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Salam dan selawat ke atas Baginda Nabi SAW, ahli keluarga dan sahabat baginda.

Semoga kita semua berada di dalam rahmat Allah SWT.

Banyak kisah-kisah berkaitan Pak Bara, Thailand yang saya coretkan di dalam blog saya yang lalu iaitu http://irdinailham.blogspot.com

Sekali lagi saya nak kongsi mengenai Pak Bara tapi kali ni salah satu kedai makan yang saya pernah singgah. Kedai makan tersebut adalah Rimle Kitchen.

Lokasi kedai makan ni letaknya betul² di tepi pantai. Pemiliknya warga melayu Thailand dan boleh berbahasa melayu. Jadi agak senang untuk memesan makanan.

Berbagai menu tersedia dan boleh dipesan. Antara pilihan saya dan kawan² pada masa tu adalah kerabu belangkas, kerapu tiga rasa, siakap steam lemon, daging bakar, ulam-ulaman, siput masak kicap dan tomyam.

Memang cukup 'marbeles'.

Jika anda ingin sikit kelainan dan rasa original masakan siam, boleh berkunjung ke Pak Bara, yang jaraknya tidak berapa jauh dari Perlis, melalui Wang Kelian.

Juga, jika anda inginkan sedikit kelainan kuih tradisi melayu bahulu sedap dan gebu, sila cuba Hayyanarz Bahulu. Anda akan terasa teruja.

Untuk tempahan pelbagai jenis, inti dan rasa bahulu cermai, bahulu ikan emas, bahulu marble, bahulu kemboja dan sebagainya, sila...

Sms/whatsapp/call: 017-4620775/019-2463100
Emel: hayyanarz.bakery@outlook.com
Twitter: @hayyanarbakery
Instagram: @hayyanarz
Facebook page: Hayyanarz Bakery

Selain itu, boleh juga dapatkan Hayyanarz Bahulu sedap gebu di Mama Nory Bakery PLT, No 11 Pusat Perniagaan Sena,Kangar, Perlis.

#support #bisness #muslim

Saturday 5 September 2015

Galeri Seni Piring Hitam

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Salam dan selawat ke atas Baginda Nasi SAW, keluarga dan sahabat-sahabat Baginda.

Dan moga kita semua sentiasa di bawah kerahmatan Allah SWT.

Alhamdulillah, cuaca yang amat baik hari ni, suasana agak cerah, jerubu pun nampaknya sudah agak berkurangan.

Mudah-mudahan, suasana begini akan terus berpanjangan.

Setiap orang, masing-masing ada minat tersendiri bagi mengisi masa lapang yang terluang, bahkan ada orang jadikan minatnya sebagai satu sumber pendapatan.

Hari ini saya perkenalkan salah seorang sahabat saya, En Mushtari Mohamad. Sahabat baik saya semenjak dari darjah 1 lagi semasa kami belajar di Sekolah Rendah Kebangsaan Putra, Kangar.


Beliau seorang yang ceria, simple dan baik hati orangnya. Suka memberi pertolongan dikala memerlukan juga seorang yang peramah.

Beliau mempunyai minat yang agak unik. Minatnya amat mendalam ke arah memiliki dan menyimpan barang-barang antik, lama dan 'rare' terutama peranti muzik. Hinggakan beliau mempunyai galeri sendiri dalam mempamerkan koleksi simpanan peribadi beliau.

Menurut En Mushtari, beliau mempunyai simpanan piring hitam sejumlah sehingga lebih 3000 keping selain kaset, CD dan LD. Selain itu, peralatan pemain muzik untuk piring hitam dan kaset turut berfungsi dengan baik. Memang betul-betul kategori 'rare'.

Selain melawat ke Galeri Seni Piring Hitam, koleksi beliau boleh juga dilihat melalui facebook beliau, Mushtari Mohamad.

Sebagai info tambahan, Galeri Seni Piring Hitam beliau letaknya di Taman Sena, Kangar, Perlis.

Akhir kata, satu perasaan yang terkata bila berpeluang mendengar lagu-lagu lama nostalgia piring hitam di Galeri Seni Piring Hitam.

Lagi best sambil mendengar lagu nostalgia, minum kopi 'o' dan cicah bahulu sedap gebu.

Jika ingin menempah Hayyanarz Bahulu sedap gebu, sila...

Sms/whatsapp/call: 017-4620775/019-2463100
Emel: hayyanarz.bakery@outlook.com
Twitter: @hayyanarzbakery
Instagram: @hayyanarz
Facebook page: Hayyanarz Bakery

Boleh juga dapatkan Hayyanarz Bahulu di Mama Nory Bakery, No 11, Pusat Perniagaan Sena, Kangar, Perlis.

#support #bisness #muslim


Friday 4 September 2015

Warung Istiqamah

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sarapan pagi amat penting untuk kita untuk menjana tenaga bekerja sepanjang hari. Banyak kedai makan yang menyediakan berbagai pilihan menu dari sebesar-besar restoran hinggalah sekecil-kecil gerai tepi jalan. Berbagai juga menu pilihan rakyat Malaysia seperti nasi lemak, roti canai, capati, kuih-muih dan berbagai lagi.

Hari ini, saya hendak kongsi info mengenai salah satu warung tempat saya selalu bersarapan. Warung Istiqamah diberi nama.

Letaknya warung ini berhadapan dengan Masjid Teluk Jambu, Bintong (jalan menghala ke Sungai Batu Pahat).

Warung ini seperti kebiasaan warung-warung yang lain menyediakan menu nasi lemak dan kuih-muih.

Menu yang saya selalu ambil adalah nasi lemak bilis telur dan sardin. Banyak juga kuih-muih tradisional yang ada.

Harga yang amat munasabah. Dari pemerhatian, ramai juga pengunjung warung ni.

Bagi yang mencari-cari tempat bersarapan, kat sini salah satu tempat pilihan yang berbaloi.

Untuk info tambahan, Hayyanarz Bakery juga mengeluar dan mengedar kuih tradisi iaitu bahulu selain dari roti, biskut raya dan sebagainya. Dan produk juara Hayyanarz Bakery adalah bahulu cermai dan bahulu ikan emas.

Untuk menempah bahulu sedap Hayyanarz Bakery, sila...

Sms/whatsapp/call: 017-4620775/019-2463100

Emel: hayyanarz.bakery@outlook.com

Twitter: @hayyanarzbakery

Instagram: @hayyanarz

Facebook page: Hayyanarz Bakery

Boleh juga dapatkan Hayyanarz Bahulu di Mama Nory Bakery PLT, No 11, Pusat Perniagaan Sena, Kangar, Perlis.

Sokonglah bisness muslim.


Thursday 3 September 2015

Mama Nory Bakery

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Salam dan selawat ke atas junjungan Besar Nabi SAW, keluarga dan sahabat baginda.

Moga anda semua berada di bawah rahmat Allah SWT.

Alhamdulillah, hujan baru saja berhenti, mudah-mudahan suasana jerubu di Perlis ni akan berkurangan.

Hari ini saya hendak berkongsi info mengenai salah satu rakan niaga Hayyanarz Bakery iaitu Mama Nory Bakery PLT.

Mama Nory Bakery PLT terletak di No 11, Pusat Perniagaan Sena, Kangar, Perlis. Berdekatan sebelah kirinya Sekolah Kebangsaan Sena, Pasar Borong Kangar tidak jauh dari situ sebelah kanannya, manakala sebelah belakangnya Taman Ira.

Mama Nory Bakery PLT diuruskan oleh Puan Norida Binti Ismail. Antara produk-produk yang terdapat di sini seperti kek, muffin dan cupcake, pelbagai jenis puding, pelbagai jenis roti dan biskut.

Mama Nory Bakery PLT juga mengelolakan kelas masakan dan 'baking' disamping menyediakan ruang sewaan untuk pelbagai majlis di bahagian tingkat atas kedainya.

Produk Hayyanarz Bahulu juga boleh didapati di sini. Dijemput tuan-tuan dan puan-puan berkunjung ke sini untuk mendapatkan produk-produk keluaran muslim.

Selain dari itu, produk Hayyanarz Bahulu juga boleh ditempah dengan cara,

Sms/whatsapp: 017-4620775/019-2463100

Emel: hayyanarz.bakery@outlook.com

Twitter: @hayyanarzbakery

Instagram: @hayyanarz

Sokonglah produk-produk muslim.

Wednesday 2 September 2015

Khasiat Durian Belanda

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Alhamdulillah, masih diberi rezeki oleh Allah Taala. Rezeki yang dilimpahkan kepada kita bukan hanya dari segi harta dan wang ringgit, tapi rezeki kesihatan, anak-anak, keimanan dan sebagainya.

Bercakap mengenai kesihatan, baru² ini kami sekeluarga dikejutkan dengan pemergian sepupu mengadap Ilahi. Sebab musabab kematian beliau adalah masalah kesihatan akibat kanser. Begitu juga jiran sekampung yang baru sahaja pulang dari hospital, juga akibat kanser.

Jadi terdetik di fikiran untuk menampal satu perkongsian khasiat durian belanda. Ramai yang mengakui malah banyak terdapat artikel di internet mengenai khasiat durian belanda ini.

Dari itu, saya mengambil inisiatif untuk menanam sendiri anak pokok durian belanda dan sekarang dah pun berusia 2 tahun.

Ramai yang mengatakan yang khasiat durian belanda ini mampu menyembuhkan kanser, hanya Allah Yang Maha Mengetahui. Tapi, air jus durian belanda memang sedap.

Seperti yang ketahui, kanser buat masa sekarang hanya diubati dengan kaedah kemoterapi dan radioterapi sahaja. Moga² Allah izinkan yang kanser boleh diubati dengan khasiat dari durian belanda ini.

Baru² ini, saya juga dapat info bagaimana khasiat dari durian belanda ini digunakan. Moga perkongsian info ini dapat dimanafaatkan. Keberkesanan tidak diketahui.

Ada info mengatakan, daun durian belanda dapat digunakan sebagai penawar kanser. Caranya dengan mengambil 10-15 keping daun, direbus dalam air didih, ditapis dan diminum. Buahnya boleh dibuat jus.

Selamat mencuba.

Untuk info, jika anda ingin menempah produk² dari Hayyanarz Bakery terutamanya bahulu sedap lagi gebu, sila...

Sms/whatsapp: 017-4620775/019-2463100
Emel: hayyanarz.bakery@outlook.com
Facebook page: Hayyanarz Bakery
Twitter: @hayyanarzbakery
Instagram: @hayyanarz

Sokonglah produk² tempatan dan muslim.

Mee Z' Din

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Alhamdulillah, cuaca agak bagus sekarang di bumi Perlis cuma agak berjerubu sejak kebelakangan ini.

Hari ini, saya hendak berkongsi salah satu kedai makan di Perlis. Kedai yang saya maksudkan di sini adalah Kedai Makan Z' Din.

Kedai makan Z' Din ini letaknya berhadapan dengan Sekolah Kebangsaan Kayang, Titi Serong. Iaitu jalan menuju ke Kuala Perlis dari Behor Lateh.

Kalau menggunakan GPS, cari saja pedoman dengan menaip Sekolah Kebangsaan Kayang. InshaAllah boleh sampai ke situ.

Menu utama di sini adalah pelbagai jenis masakan stail mamak. Antaranya mee, bihun dan koewteow goreng mamak stail, sup mamak dan pelbagai lagi.

Lokasinya yang terletak berhampiran bendang turut memberi keselesaan pelanggan disamping keadaan kedai yang bersih.

Harga makanan agak berpatutan jika dibandingkan makan masakan mamak di kedai² mamak. Kat sini, tukang masaknya adalah orang melayu tapi masak masakan mamak.

Bagi rakan² yang berkunjung ke Perlis, boleh berkunjung ke sini untuk mencuba masakannya.

Di samping itu, jika anda ingin membuat tempahan bahulu sedap keluaran dan edaran Hayyanarz Bakery, sila:

Sms/whatsapp: 017-4620775/019-2463100

Facebook page: Hayyanarz Bakery

Emel: hayyanarz.bakery@outlook.com

Twitter: @hayyanarzbakery

Instagram: @hayyanarz

Sokonglah kedai² dan produk² keluaran muslim.

Bahulu Cermai

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Salam kemerdekaan ke-58. Alhamdulillah, kita sudah 58 tahun merdeka dari penjajahan setelah dijajah semenjak zaman Kerajaan Melaka pada tahun 1511 yg lalu. Bersyukur kepada semua pejuang² kemerdekaan yg berusaha membebaskan negara kita dari penjajahan.

Alhamdulillah, kita juga merdeka dari sifat jahil. Syukur atas hidayah Allah dan ilmu dari semua guru² yg mendidik kita agar kita merdeka dari kejahilan.

Sekarang, atas kita sendiri untuk berusaha menjaga kemerdekaan negara dan kemerdekaan dan keislaman kita.

Hari ini, saya hendak memperkenalkan produk juara keluaran dan edaran Hayyanarz Bakery iaitu Bahulu.

Bahulu ini juga dikenali sebagai bahulu cermai yg diambil dari bentuknya yg seakan-akan buah cermai.

Bahulu tradisional ini dibuat dari campuran telur ayam, tepung dan gula yg dipukul sehingga naik. Kemudiannya dimasukkan ke dalam acuan dan dibakar.

Hayyanarz Bahulu dibuat dalam beberapa versi bagi mempelbagai dan memodenkan kuih tradisional ini, antaranya:

1. Bahulu asli

2. Bahulu perisa
Bahulu perisa ini terdiri dari 3 rasa iaitu pandan, strawberry dan cappucino

3. Bahulu inti
Bahulu inti pula terdiri dari 4 jenis inti iaitu pandan, strawberry, burberry dan coklat.

Hayyanarz Bahulu telah diperakui ramai pelanggan dengan kelembutan dan kegebuannya.

Hayyanarz Bahulu sesuai untuk kudapan sama ada pagi dan petang, jamuan di hari raya, pelbagai majlis dan doorgift.

Tempahan Hayyanarz Bahulu boleh dibuat melalui:

Sms/whatsapp: 017-4620775/019-2463100

Facebook page: Hayyanarz Bakery

Emel: hayyanarz.bakery@outlook.com

Twitter: @hayyanarzbakery

Instagram: @hayyanarz

Selain dari itu, Hayyanarz Bahulu boleh didapatkan di Mama Nory Bakery yang terletak di Pusat Perniagaan Sena, Kangar, Perlis.

Sokonglah produk² Hayyanarz Bakery dan produk² muslim yg lain. Moga produk² keluaran Muslim akan sentiasa gah seantero dunia.