Friday 18 September 2015

Kafe Qaseh

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Salam dan selawat ke atas junjungan besar Baginda Nabi SAW, keluarga dan sahabat baginda.

Semoga kita semua mendapat kerahmatan dan semoga hidup kita sentiasa mendapat keberkatan Allah SWT.

Nampaknya, sesetengah tempat di Perlis mula dinaiki air. Bukan setakat hujan yang agak lebat sepanjang dua hari lepas, tapi air limpahan dari Empangan Tasoh yang telah dilepaskan.

Moga, mangsa-mangsa banjir (walaupun tak berapa serius) dalam keadaan selamat.

Hari ini saya nak kongsi maklumat salah sebuah kedai makan milik muslim yang berada tak jauh dari rumah saya.

Kedai makan yang saya maksudkan itu adalah Kafe Qaseh. Lokasinya di Behor Gandin, berhadapan dengan Taman Sri Sentua dan Petronas Behor Gandin. Sebelahnya adalah rumah kediaman Dr Sedhu.

Kafe Qaseh ni beroperasi sebelah malam. Antara menu yang selalu saya makan bihun sup sayur seafood, nasi rendang daging, mee yee wantan, nasi goreng kambing, kueteow goreng dan bihun tomyam seafood. Banyak lagi menu yang boleh dipilih dari masakan ala-thai mahupun masakan western.

Kafe ini juga menyediakan kemudahan surau dan tandas di luar premis tapi masih dalam kawasan kedai. Tempat parkir kenderaan juga agak luas. Kedudukannya di tepi jalan besar amat mudah diketahui lokasi kedai.

Lokasi kedai pun agak berdekatan dengan Hotel Seri Malaysia.

Kafe Qaseh pun sekarang sudah mulai dikenali penduduk sekitar setelah beberapa tahun beroperasi.

Begitu juga dengan Hayyanarz Bahulu yang mula dikenali dengan kegebuan, kelembutan dan kesedapannya. Dibuat dengan adunan telur, gula dan tepung yang secukup rasa serta dibakar seeloknya yang terdapat dalam pelbagai perisa dan inti.

Untuk dapatkan Hayyanarz Bahulu, sila buat tempahan di:

Sms/whatsapp/call: 017-4620775/019-2463100
Emel: hayyanarz.bakery@outlook.com
Twitter: @hayyanarzbakery
Instagram: @hayyanarz
Facebook: Hayyanarz Bakery

Hayyanarz Bahulu juga terdapat di:

1. Mama Nory Bakery PLT, No 11, Pusat Perniagaan Sena, 01000 Kangar, Perlis

2. Rislah Bakery, No 3, Taman Indra, Jalan Sekolah Derma, 01000 Kangar

#sokong #bisness #muslim

No comments:

Post a Comment