Wednesday 2 September 2015

Khasiat Durian Belanda

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Alhamdulillah, masih diberi rezeki oleh Allah Taala. Rezeki yang dilimpahkan kepada kita bukan hanya dari segi harta dan wang ringgit, tapi rezeki kesihatan, anak-anak, keimanan dan sebagainya.

Bercakap mengenai kesihatan, baru² ini kami sekeluarga dikejutkan dengan pemergian sepupu mengadap Ilahi. Sebab musabab kematian beliau adalah masalah kesihatan akibat kanser. Begitu juga jiran sekampung yang baru sahaja pulang dari hospital, juga akibat kanser.

Jadi terdetik di fikiran untuk menampal satu perkongsian khasiat durian belanda. Ramai yang mengakui malah banyak terdapat artikel di internet mengenai khasiat durian belanda ini.

Dari itu, saya mengambil inisiatif untuk menanam sendiri anak pokok durian belanda dan sekarang dah pun berusia 2 tahun.

Ramai yang mengatakan yang khasiat durian belanda ini mampu menyembuhkan kanser, hanya Allah Yang Maha Mengetahui. Tapi, air jus durian belanda memang sedap.

Seperti yang ketahui, kanser buat masa sekarang hanya diubati dengan kaedah kemoterapi dan radioterapi sahaja. Moga² Allah izinkan yang kanser boleh diubati dengan khasiat dari durian belanda ini.

Baru² ini, saya juga dapat info bagaimana khasiat dari durian belanda ini digunakan. Moga perkongsian info ini dapat dimanafaatkan. Keberkesanan tidak diketahui.

Ada info mengatakan, daun durian belanda dapat digunakan sebagai penawar kanser. Caranya dengan mengambil 10-15 keping daun, direbus dalam air didih, ditapis dan diminum. Buahnya boleh dibuat jus.

Selamat mencuba.

Untuk info, jika anda ingin menempah produk² dari Hayyanarz Bakery terutamanya bahulu sedap lagi gebu, sila...

Sms/whatsapp: 017-4620775/019-2463100
Emel: hayyanarz.bakery@outlook.com
Facebook page: Hayyanarz Bakery
Twitter: @hayyanarzbakery
Instagram: @hayyanarz

Sokonglah produk² tempatan dan muslim.

No comments:

Post a Comment