Monday 7 December 2015

Meniti Usia

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, keluarga dan para sahabat baginda.

Ya Allah, ampunilah dosa-dosa kami, ibubapa kami, guru-guru kami, keluarga dan para muslimin dan muslimat di mana sahaja berada.

Ya Allah, selamatkanlah saudara-saudara kami di Palestin, Syria dan di mana jua berada dari perbuatan khianat kaum musyrikin.

Ya Allah, lindungilah bumi Malaysia dari bala bencana.

Ya Allah, limpahkan kepada kami rezeki yang melimpah-ruah, tubuh badan yang sihat, keluarga yang bahagia dan kami bersyukur dengan segala nikmat yang telah dikurniakan oleh-Mu, ya Allah.

Sekejap sahaja masa berlalu. Teramat benar ingatan Allah SWT di dalam Al-Quran.

"Demi masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar" (Surah Al-Asr 1-3)

Dulu, kecil-kecil ditimang-timang, kemudian masuk Pusat Asuhan Tadika, belajar di sekolah dan sekarang dah sampai masa untuk berkhatan.

"Bius tu macam mana, Ibu?" Itulah soalan pertama yang ditanya Adik Iman ketika berada di dalam kereta dalam perjalanan ke Putra Medical Centre (PMC), Alor Setar.

"Ubat bagi tidur, Adik. Jadi waktu khatan tu Adik dengan Bangcik tidurlah. Taklah rasa sakit". Terang saya bagi menyedapkan hati Adik dan Bangcik.

Hampir jam 8.15 pagi, kami selamat sampai PMC, parkirkan kereta dan terus menuju ke kaunter pendaftaran.

Kadar berkhatan di PMC pada kali ni berharga RM850 seorang untuk bius sepenuhnya.

Kemudiannya, Bangcik dan Adik ditempatkan di Wad Tingkat 6. Waktu ni sudah dapat lihat Adik dan Bangcik dalam keadaan agak cuak dan bimbang.

Selepas tukar baju, lebih kurang jam 10 pagi, Adik dan Bangcik dimasukkan ke dalam dewan bedah.

Sangkaan pertama, Bangcik yang akan alirkan airmata, namun terbalik pula. Bangcik masih boleh tersenyum berbanding Adik yang mengalir airmatanya semasa dibawa masuk ke dewan bedah.

Alhamdulillah, selepas sejam Bangcik selesai dikhatankan dan Adik sejam selepas Bangcik.

Ketika keluar dari dewan bedah, kedua-dua Bangcik dan Adik tersenyum seolah-olah tiada apa yang berlaku.

Jam 3 petang, Adik dan Bangcik dibenarkan keluar dari wad untuk balik ke rumah.

Terima kasih kepada semua petugas PMC dan Dr Syed Junaidy yang bertanggungjawab mengkhatankan Bangcik dan Adik.

Terima kasih juga diucapkan kepada Cik Pah yang turut hadir menunggu Adik dan Bangcik.

InshaAllah, minggu depan kami sekeluarga akan adakan sedikit kenduri kesyukuran sempena Bangcik dan Adik berkhatan.

Dikesempatan ini juga saya menjemput para pembaca untuk melawat, like dan share facebook page Hayyanarz Bakery di www.facebook.com/hayyanarzbakery dan melihat beberapa produk Hayyanarz Bakery antaranya Hayyanarz Bahulu, susu kambing Mylo, Hayyanarz Kek Coklat Moist dan Hayyanarz Semperit.

Sama-samalah kita menyokong #muslimproduct #halal #malaysianfoods #malaysianproduct #kuihtradisional

No comments:

Post a Comment