Monday 12 March 2018

SERAHAN HAYYANARZ BAHULU KEMBOJA PEMBUKA SESI CUTI SEKOLAH

Cuti sekolah hujung tahun 2017 telah bermula.
.
Permulaan cuti yg disambut dgn cuaca hujan sepanjang hari, angin yg agak kuat dan suhu sekeliling yg agak sejuk.
.
Sesekali bila lihat di luar rumah, pokok meliuk lintuk dipukul angin dgn awan gelap bergerak laju di atas langit sana.
.
Maka bermulalah musim kenduri.
.
Permulaan hujung November 2017 ni, seperti kebiasaan, tempahan Hayyanarz Bahulu agak banyak yg dijadikan doorgift.
.
Tempahan kali ni datangnya dari pelanggan yg juga merupakan seorang pegawai polis.
.
Tuan pelanggan telah datang ke Hayyanarz Bakery utk melihat sendiri Hayyanarz Bahulu dan kemudiannya telah confirm dgn tempahan sejumlah 1,000 bj.
.
Tuan pelanggan telah menempah seawal Julai 2017 dan majlis kendurinya yg diadakan pd hujung November 2017.
.
Ok...confirm dgn tempahan, nanti dekat2 dgn hari kenduri, tempahan akan disiapkan.
.
Selang beberapa minggu, Tuan Pelanggan telah hubungi saya dan telah menambah tempahan dgn menjadikan tempahan Hayyanarz Bahulu Kemboja sejumlah 1,200 bj.
.
Kini, hari yg dinanti-nantikan tiba.
.
Tiga hari sebelum majlis kenduri, bahulu disiapkan sebanyak 1,200 bj.
.

Hujan masih mencurah-curah turun. Kerja2 persiapan diteruskan.
.
Alhamdulillah, tempahan berjaya disiapkan ikut jadual dan dihantar terus ke lokasi pelanggan sehari sebelum majlis.

.
Alhamdulillah, pada hari penghantaran, cuaca amat baik.
.
Seawal jam 8 pagi, saya telah bertolak ke lokasi pelanggan utk penyerahan.
.
Saya dan seluruh staff Hayyanarz Bakery mengucapkan selamat menerima menantu kpd Tuan Pelanggan.
.
Terima kasih Tuan atas sokongan kpd Hayyanarz Bakery.
.
Utk anda yg berhajat utk jadikan Hayyanarz Bahulu sebagai doorgift, usah segan-silu utk hubungi saya di link whatsapp di bawah
.
>>http://hayyanarzbakery.wasap.my<<
.
InshaaAllah anda akan berpuas-hati dgn produk2 Hayyanarz Bakery.

No comments:

Post a Comment